, , , , , , , ,

Ejen jualan langsung disaman!


Dapat tiket melancong percuma ke Austria dan Hungary

Tajuk kontroversi ala-ala suratkhabar Metro ni sebenarnya nak beritahu yang kami telah menerima surat 'saman' daripada syarikat yang memaklumkan bahawa kami adalah penerima insentif pelancongan secara percuma ke negara Austria dan Hungary. Percutian selama tujuh hari ini sememangnya ditaja sepenuhnya oleh syarikat.

Kalau bukan kerana hasil bisnes tak mungkin saya nak leburkan wang berpuluh ribu ringgit melancong ke sana. Apatah lagi kedua-dua negara ini tidaklah sepopular London atau Paris. Tapi kalau dah namanya percuma diajak pergi kemana pun pastinya seronok. Lagilah kalau pakej pelancongan ini bertaraf lima bintang.

Insentif pakej pelancongan ke Austria dan Hungary secara percuma

Diatas ini adalah snapshot 'surat saman' yang diterima isteri saya, Adibah Karimah dan beberapa orang lagi rakan beliau dari kumpulan Awesomazing Team. Memang patut pun diorang ni kena 'saman' pergi ke Austria-Hungary sebab mereka dah berjaya mencapai sasaran jualan yang diberi syarikat dalam tempoh 5 bulan (Jun-Oktober) yang lalu.

Sebenarnya ini adalah pertama kali syarikat menaja percutian ke negara Austria dan Hungary. Memang bertuah badan kerana akan menjadi sebahagian daripada sejarah destinasi pelancongan syarikat ini nanti. Insya-Allah. Pastinya otai-otai yang sudah berbelas atau berpuluh tahun dalam syarikat ini sama-sama teruja bila pertama kali menjejakkan kaki di sana.

Kami akan bertolak pada 12 Januari 2015, ketika di sana mengalami musim sejuk. Dengan suhu diantara -2 hingga 3 dajah selsius saya teringatkan percutian kami di Paris dahulu. Kesejukan yang melampau sehingga menyakitkan tetapi hati sangat gembira kerana dapat mengalami pengalaman yang tiada di negara kita.



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan