, , ,

Punca keputihan wanita dan cara mencegahnya


keputihan wanita adalah normal tapi berubah jika ada jangkitan kuman pada vagina

Putih melambangkan kebersihan tetapi tidak keputihan wanita.


Keputihan wanita sebenarnya cecair yang keluar melalui faraj dan ianya normal bagi setiap wanita yang baligh. Ia adalah mekanisma semulajadi apabila faraj mengalirkan cecair faraj yang keluar bersama sel mati dan bakteria dan berfungsi mengekalkan kebersihan dan mencegah jangkitan kuman pada faraj.

Keputihan wanita yang normal adalah:


  • keluar dengan jumlah yang sedikit 
  • cair
  • jernih atau sedikit berwarna putih
  • tiada bau atau sedikit bau yang bukan tidak menyenangkan

Walaubagaimanapun, ciri-ciri diatas berubah sedikit mengikut kitaran haid. Contohnya cecair keputihan akan bertambah banyak sedikit dan lebih pekat ketika waktu subur iaitu semasa ovulasi pada hari ke-14 selepas hari pertama haid, ketika wanita menyusu badan dan ketika syahwat. Baunya pula berbeza ketika mengandung atau kurang penjagaan kebersihan di bahagian alat sulit. Ubat gatal anti-histamine juga boleh mengubah kelikatan dan jumlah keputihan.

Semua perubahan ini adalah biasa tetapi jika ianya terlalu ketara dan diiringi dengan rasa kegatalan atau pedih di bahagian faraj, ia mungkin disebabkan jangkitan kuman.

Tanda-tanda keputihan wanita yang tidak normal atau berpunca daripada jangkitan kuman:


  • terlampau banyak
  • tekstur berubah menjadi berbuih, berketul atau berair
  • warna kelabu, kuning, hijau atau coklat
  • berbau hanyir atau seperti keju

Keputihan wanita yang abnormal bagi wanita yang aktif aktiviti seks mungkin disebabkan oleh jangkitan melalui hubungan seks (Sexual Transmitted Infection) seperti Trichomonas, Chlamydia atau Gonorrhoea.

Kadang-kala jangkitan terjadi apabila berlaku ketidakseimbangan normal flora iaitu bakteria baik yang hidup dalam faraj. Ianya seperti jangkitan:

  1. Yis (Candidiasis) - cecair keputihan seperti krim keju disertai kegatalan, bengkak pada faraj dan kawasan sekitar. 
  2. Bakteria Vaginosis - cecair keputihan berwarna kelabu, berair dan kadang-kala berbuih dan berbau hanyir seperti ikan busuk berserta rasa sedikit kegatalan.

Beberapa faktor yang meningkatkan risiko jangkitan yis:


  • stres yang berpanjangan
  • menggunakan pil perancang
  • menghidap diabetis
  • mengandung
  • mengambil antibiotik

Selain itu amalan mencuci bahagian alat sulit secara keterlaluan, menggunakan sabun wangi, mandi buih, memakai seluar dalam ketat selain kapas seperti nilon dan aktiviti seks yang kerap juga menyumbang kepada risiko jangkitan pada bahagian sulit wanita.

Tips-tips mencegah masalah keputihan wanita:


  • Pakai seluar dalam daripada kain kapas. Kapas membenarkan pengaliran udara dan mengekalkan kawasan intim sentiasa kering dan bersih. 
  • Elak memakai seluar ketat ketika bersenam.
  • Jangan menggunakan sabun wangi untuk membasuh bahagian intim. Ia menyebabkan kerengsaan dan meningkatkan risiko terkena jangkitan kuman.
  • Jangan lakukan vagina douching iaitu mencuci bahagian dalam faraj dengan cecair pencuci faraj. Ini mengganggu kestabilan normal flora dan mendedahkan kepada jangkitan kuman.
  • Jangan memakai tuala wanita, pantiliner atau tampon yang mengandungi pewangi.
  • Elakkan memakai pantiliner ketika tidur dan jika perlu gunakan pantiliner yang telus udara seperti jenama Bio Seleza
  • Jangan guna cecair pelincir berasaskan minyak atau jeli petroleum untuk tujuan seks.
  • Sentiasa mencuci kemaluan dari arah depan menghala ke dubur.
  • Kawal tahap diabetis sekiranya anda penghidap diabetis.
  • Elakkan mengambil antibiotik tanpa arahan doktor.

Sumber: WebMD.com, emedicine.medscape.com


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan