, , , , , , , ,

Kebaikan berkhatan dari segi kesihatan


Berkhatan menggunakan kaedah klamp lebih cepat dan selamat

Khatan berasal daripada perkataan khitan yang bermaksud potong. Kebiasaannya juga disebut sunat. Posedur khatan adalah membuang kulit lebih yang menutup kepala zakar, iaitu kulup. Berkhatan adalah sebahagian daripada syiar Islam dan wajib keatas lelaki dan perempuan mengikut mazhab Syafie.

Sebaik-baiknya khatan dilakukan pada hari ke-7 atau hari ke-40 bayi dilahirkan. Biasanya masyarakat kita mengkhatankan anak-anak bila usia anak menjelang tujuh tahun dimana mereka sudah dinasihatkan untuk menunaikan solat. Khatan menjadi wajib apabila usia menjelang akil baligh. 

Berkhatan untuk perempuan hanyalah memotong sebahagian kulit pada bahagian atas faraj yang menutupi klitorisnya. Berbeza dengan lelaki kerana tidak perlu membuang kulit yang berkenaan keseluruhannya. Tetapi cukup sekadar sebahagian kecil kawasan tersebut. Amalan khatan bayi perempuan mengikut cara Islam tidak mendatangkan sebarang kemudaratan.

Disebabkan anatomi faraj anak-anak perempuan yang baru dilahirkan ada perbezaan, adakalanya bayi dilahirkan tanpa kulit yang meliputi klitoris, maka disunatkan oleh ulama Syafi`iyyah untuk melalukan sahaja alat berkhatan pada tempat yang sepatutnya dikhatankan sebagai tanda mentaati perintah Allah.

Kebaikan berkhatan dari sudut kesihatan:

  1. Mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing.
  2. Mengurangkan risiko jangkitan penyakit kelamin dikalangan lelaki.
  3. Perlindungan terhadap kanser zakar.
  4. Mengurangkan risiko kanser pangkal rahim pada pasangan wanita.
  5. Mencegah penyakit 'balanitis' iaitu keradangan pada kepala zakar.
  6. Mencegah penyakit 'balanoposthitis' iaitu keradangan pada kepala zakar dan kulit kulup.
  7. Mencegah 'phimosis' iaitu kulit kulup yang ketat (buta) dimana ia tidak boleh ditarik ke belakang untuk mengeluarkan kepala zakar.
  8. Mencegah 'paraphimosis' iaitu kulit kulup yang ketat dan tidak dapat dikembalikan kepada kedudukan asal. Ianya menjerut di bahagian pangkal kepala zakar dan ianya sangat sakit.

Berkhatan bukan saja diamalkan oleh penganut agama Islam malah sudah ramai yang bukan beragama Islam berkhatan atas sebab kebaikan-kebaikan diatas. Klinik saya juga menerima ramai pelanggan dewasa yang berbangsa Cina dan India untuk berkhatan selain kanak-kanak Islam. Saya sendiri, Dr. Hasbi yang melakukan khatan di sini.

Sekiranya anda tinggal berhampiran bolehlah datang ke klinik saya di Taman Gombak Permai untuk mendapatkan khidmat khatan atau menelefon klinik di talian 03-61851943 untuk sebarang pertanyaan. Harga khatan untuk kanak-kanak lelaki menggunakan kaedah klamp atau laser adalah RM160 sahaja termasuk ubat dan rawatan selepas khatan sehingga sembuh.

Kami juga menerima jemputan majlis khatan beramai-ramai di luar klinik seperti di masjid atau dewan. Sebelum ini pihak kami pernah mengadakan majlis khatan untuk 300 oarang kanak-kanak lelaki oleh 20 orang doktor dengan bantuan staf-staf yang berpengalaman. Sila hubungi klnik saya untuk maklumat lanjut mengenai kos dan prosedurnya.


Sumber rujukan khatan: http://www.e-fatwa.gov.my/

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan