Apa itu HIV dan AIDS?

Apa itu HIV dan AIDS drp Dr Hasbi premium beautiful agent
Satu hari seorang lelaki muda dalam lingkungan umur 20-an datang dengan gelisah nak buat blood test HIV. Dia bimbang sebab 2 minggu lepas dia dan teman wanita dia dah terlanjur. Ramai yang takutkan penyakit AIDS tapi tak berapa jelas mengenainya. So hari ni aku nak share sikit info pasal HIV dan AIDS ni.

HIV bermaksud 'Human Immunodeficiency Virus' sejenis retrovirus yang menyerang sistem imun badan. Bila  terkena jangkitan HIV, sistem imun menjadi lemah dan terdedah kepada pelbagai jangkitan dan penyakit yang biasanya jarang terkena pada orang yang sihat. Jangkitan yang terkena pada penghidap HIV dipanggil 'opportunistic infections' kerana sistem imun yang sangat lemah.

AIDS bermaksud 'Acquired Immune Deficiency Syndrome'. Kes pertama dikenalpasti pada awal tahun 80-an. Ia adalah situasi dimana badan tidak lagi mampu melawan penyakit disebabkan kekurangan imuniti badan. Ketika ini seorang pesakit AIDS sudah menunjukkan tanda-tanda, simptom dan kanser yang berpunca daripada kurang daya tahan imun disebabkan jangkitan HIV.

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan