Kelmarin saya dan family pergi ke KLIA menyambut kepulangan ibu Adibah Karimah dari Mekah selepas mengerjakan umrah selama 40 hari. Dia berangkat ke sana 3 hari sebelun masuk bulan Ramadan. Dia ambil pakej umrah dari syarikat Rayhar dan kosnya lebih kurang RM15 ribu sahaja.
Inilah dia mak mertua saya. Dia dah berumur 58 tahun tapi masih sihat lagi cuma ada darah tinggi sikit. Mulanya bercadang nak pakai baju melayu hari raya pertama pergi KLIA tapi sebab lepas ni nak pergi Shah Alam jumpa business partner tak jadilah.
Ni dua orang anak saya, Aqil Haarith dan Kamal Khairi. Seronok kalau bawa mereka jalan-jalan. Anak sulung asyik duk tanya bila kita nak naik kapal terbang. Pastu tanya nak naik pagi ke malam. Hurmm... agaknya penting soalan tu sebab naik siang boleh tengok luar tingkap kut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan