Dulu masa aku kerja kat Hospital Tampin, selalu juga aku kena hantar pesakit ke Hospital Seremban atau Hospital Melaka, kadang-kadang ke Hospital Kuala Lumpur atau Hospital Selayang. Biasanya tak perlu doktor hantar, cukup sekadar medical assistant atau jururawat tapi kalau pesakit tu kritikal atau keadaannya tak stabil doktor kenalah ikut sekali.
Bila aku kena hantar, mesti nak duduk seat depan kalau aku rasa pesakit ni stabil sebab kalau ambulans jenis van lama tu pening aku dibuatnya. Terhuyung-hayang, sebab driver bawa laju. Doktor sepatutnya duduk belakang dengan pesakit bersedia untuk beri pertolongan cemas kalau keadaannya semakin tenat. Kalau ambulans ni terbabit dalam kemalangan, insurans hanya cover doktor jika duduk di belakang saja (tak sure sebab jururawat yg cakap).
Dua hari lepas, sebuah ambulans potong aku kat highway Plus, aku try follow nak tengok speed dia. Highway lengang tapi aku rasa still bahaya driver tu bawa 150 km/j. Ambulans ni tinggi, sekali kena angin lintang tak pasal-pasal terlentang atas highway.
Menurut
Menurut JPJ, pemandu ambulans juga mesti mematuhi undang-undang jalanraya seperti had laju, tidak boleh memotong garis berkembar dan sebagainya. Cuma bila siren dibunyikan ambulans boleh melanggar lampu isyarat sekiranya keadaan membenarkan. Tindakan undang-undang atas kesalahan lalulintas yang dilakukan akan ditanggung oleh pemandu tersebut.
Semua orang faham ada nyawa yang perlu diselamatkan segera. Tapi apa gunanya kalau ambulans tu pulak yang kemalangan. Kes kemalangan ambulans yang meragut nyawa bukanlah sesuatu yg pelik, biasa kita dengar kan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan