Beli songkok di Jalan Masjid India

Beli songkok di Jalan Masjid India bersama Adibah Karimah from Premium Beautiful Shop
Malam tadi pergi Jalan Masjid India nak beli songkok. Aku dengan wife, Adibah pergi naik skuter je, sebab taknak sangkut dalam jammed dan susah cari parking. Memang betul, jalan dah start jammed dari LRT Wangsa Maju nak masuk Jalan Genting Klang. Sampai kat Jalan TAR traffic jammed lagi, memang nasib baiklah datang naik motor kalau naik kereta aku rasa mahu 2 jam sampai.

Lepas parking kitaorang pun jalan-jalanlah. Kat sini macam-macam ada, kalau nak cari baju melayu, songkek dan pakaian wanita memang tempatnya. Kebanyakan kedai dah turunkan harga sebab tinggal 2-3 malam je lagi sebelum hari raya. Sedar tak sedar dah dekat pukul 4 pagi time kitaorang keluar. Singgah sahur kat kedai makan sebelum balik rumah. Insya-Allah jika panjang umur raya tahun depan mesti datang lagi ke sini.
Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan