Anak-anak saya yang berumur 3 dan 5 tahun ni sangat nakal. Dua orang ni kalau duduk dekat-dekat mesti bergaduh. Abang suka sangat mengusik adiknya, adik pulak manja sangat. Usik sikit dah merajuk, menjerit menangis, yang tensennya mak ayah diorang nih. Saya kerja, balik malam so takdelah terasa sangat tapi wife saya selalu mengadu dia tensen jaga dua orang ni. Dah nasib orang gaji belum sampai, kenalah bawa diorang ni pergi jumpa klien atau rakan kongsi.
Anak-anak kecil ni memang sifatnya Allah dah tetapkan untuk bermain. Dunia mereka adalah permainan. Semua yang ada depan mata tu jadi permainan mereka, nak buat macamana. Mana boleh kita nak suruh diorang duduk diam, tak boleh melompat, senyap jangan buat perangai. Tapi, sebagai ibu bapa memang tanggungjawab kita menjaga dan mendidik mereka. Tanpa mereka atas dunia ni sunyilah hidup kita. Bila ada depan mata tensen nak jaga, tapi bila hantar kat kampung baru sehari dah tensen asyik merindu pulak.
Saya cool je, jarang rasa tensen jaga anak sebab saya memang suka anak-anak. Tensen juga bila abang berak dalam seluar atau dalam bilik tidur. Aroma satu bilik sampai hari tu terpaksa tidur kat ruang tamu! Selalunya tensen terubat bila geli hati dengan gelagat atau percakapan diorang ni. Ibaratnya, dioranglah racun dan juga penawarnya. Agaknya kalau ibu bapa yang tensen jaga anak tu sebenarnya diorang takde sense of humour. Anyway, saya nak kongsi sedikit tips macamana nak uruskan anak yang tersangat nakal ni...
- Jangan sesekali menjerit pada mereka kerana ia boleh menyebabkan mereka jadi fobia, takut, hilang keyakinan diri bila besar nanti.
- Jangan takutkan mereka dengan sesuatu seperti hantu dan sebagainya dengan niat mengugut mereka.
- Jangan tipu mereka atau ajar mereka menipu seperti apabila mereka nakkan sesuatu kita cakap nanti kerana mereka ingat dan belajar daripada kita.
- Bercakap dengan mereka dengan nada yang lembut tapi tegas. Sebaiknya melutut agar sama tinggi dan beri penjelasan kenapa mereka tak boleh buat itu atau ini lebih berkesan daripada membebel atau memarahi mereka.
- Sentiasa memberi komen terhadap perlakuan mereka. Sekiranya baik kita puji, sebaliknya kita larang dan jelaskan.
Insya-Allah anak-anak kita akan dengar cakap kita dan membesar dengan riang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan