Suatu hari datang seorang lelaki ke klinik ENT,
kerana telinganya dimasuki sebiji kacang hijau ketika dia membeli barang dapur
di pasar.
Doktor : "Selamat petang…"
Pesakit : "Selamat petang doktor!"
Doktor
: "Ada masaalah apa …?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau"
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa… .
Doktor
: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut…."
Pesakit : "Apa caranya
doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma…"
Pesakit : "Mahal sangat doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar…"
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana
caranya…?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi taugeh anda boleh ler tarik keluar." Pesakit : "Huh!"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan