Biskut raya beli vs buat sendiri
Hari ini umat Islam menjalankan ibadah puasa hari kedua. Walaupun Hari Raya Aidilfitri masih agak jauh tapi persiapan untuk menyambut perayaan tersebut seeloknya bermula dari sekarang. Bak kata ustaz malam tadi, sepatutnya sepuluh malam terakhir Ramadan kita semua sepatutnya all out solat tarawih di surau atau masjid untuk mencari malam Lailatul Qadar, bukannya sibuk mengayam ketupat, buat biskut raya atau sebagainya.
Persoalannya, berapa ramai diantara kita yang buat sendiri atau beli saja biskut raya? Pendapat saya, mana-mana pun boleh jika kena rasa dan masa. Sejak kahwin dengan Adibah Karimah, kali ini masuk hari raya ke-lapan disambut bersama tapi tak pernah buat sekeping biskut raya. Sebabnya, kami sibuk bekerja + tak pandai buat + malas + takut nanti tak sedap = beli je senang.
Kalau dari segi kos bahan mentah, memang buat sendiri lebih murah tapi kalau baru nak cuba-cuba kosnya mungkin berlipat kali ganda bila terpaksa beli pelbagai peralatan membuat kuih seperti oven, mesin pengisar dan sebagainya. Tapi kalau beli, fikirkan bajet kemudian beli saja. Semudah ABC..haha!
Rasa pula? Mana sedap buat sendiri ke beli punya? Ini pun sama ceritanya. Kalau pandai buat sedaplah, kalau beru first time buat tengok resepi kat Google belum tau jadi ke taknya. Beli pun sama, kalau beli kat pasar malam yang harga RM10 satu balang kemungkinan besar tak sedaplah.
Sekarang, tepuk dada tanya diri sendiri mana nak cari biskut raya tahun ni. Saya biasanya akan tempah biskut raya dari orang yang direkomen kepada saya sebab nak pastikan ianya betul-betul sedap. Tapi, kadang-kadang sehari sebelum raya saya akan beli biskut raya yang dijual murah sebagai stok kat rumah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan