, , , , , , , , , ,

Magnesium mencegah penyakit jantung




Magnesium (Mg) adalah satu mineral yang kurang dipopularkan dan diingati. Kita biasa dengar buah pisang kaya dengan potassium, kalsium menguatkan tulang dan sodium penyebab tekanan darah tinggi tetapi magnesium? Sebenarnya magnesium juga adalah nutrien yang sangat penting bagi tubuh kita.


Magnesium diperlukan untuk lebih 300 tindakbalas kimia dalam tubuh kita untuk mengekalkan tenaga, membantu tubuh kita relaks dan mengekalkan kesihatan jantung dan saluran darah. Sebenarnya, magnesium diperlukan lebih daripada kalsium untuk mencegah penyakit tulang rapuh iaitu osteoporosis.


Apakah kebaikan magnesium

  • Mencegah dan membantu melegakan sembelit. Magnesium digunakan sebagai bahan aktif dalam kebanyakan laxative iaitu ubat sembelit.
  • Membantu mengurangkan tekanan darah dan mengekalkan tekanan darah yang sihat.
  • Diperlukan bersama kalsium untuk mencegah osteoporosis.
  • Mineral paling penting untuk kesihatan jantung. Ia menguatkan otot-otot jantung serta menyihatkan salur darah pada jantung.
  • Menipiskan darah secara semulajadi seperti ubat aspirin. Ia membantu mencegah serangan penyakit jantung dan angin ahmar (stroke).
  • Mencegah dan membantu merawat penyakit kencing manis atau diabetes. Penyelidik mendapati kandungan magnesium dalam pesakit diabetes adalah rendah, orang yang mengandungi paras magnesium yang tinggi tidak menghidap diabetes dan memberi suplemen tambahan magnesium kepada pesakit diabetes mampu mengubati penyakit diabetesnya.

Hai-O Mineral Coffee sumber magnesium untuk kesihatan jantung

Magnesium boleh didapati dalam makanan seperti kekacang dan bijian seperti soya, almond dan dark chocolate. Mineral Coffee keluaran Hai-O Marketing adalah minuman kopi yang dicampur dengan garam buluh yang kaya dengan sumber mineral magnesium. Sekotak mineral coffee ini berharga RM 26.50 mengandungi 20 peket minuman segera all in one. Boleh hubungi saya 0123433661 untuk dapatkan Mineral Coffee ini.



Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan