, , , , , , , , , , ,

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel



Pada 21 Julai atau 12 Ramadan yang lepas GLAM (Green Leaders Academy Malaysia) mengadakan majlis berbuka puasa atau iftar di Hotel JW Marriott, Bukit Bintang. Setiap tahun kami akan sama-sama berbuka puasa di hotel ini. Tujuannya untuk mengeratkan silatulrahim antara kami sambil berkenalan dengan ahli baru. Selain ahli GLAM, beberapa orang wakil daripada syarikat turut dijemput menyertai majlis yang meriah ini.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel

Kami berkumpul di hotel ini seawal pukul 5.30 petang, untuk mengelakkan sesak traffic jam di kawasan Bukit Bintang. Ramai rakan kongsi yang berada luar KL pun sanggup datang bersama-sama memeriahkan majlis ini. Kesemua 230 orang ahli GLAM memenuhkan satu dewan dengan warna hijau sebagai warna tema.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel with Awesomazing Team

Awesomazing Team yang sempat hadir berbuka bersama malam itu. Agak-agak larat tak diorang nak solat tarawih malam tu? hehe..Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati.

GLAM Iftar at JW Marriott Hotel with men in GLAM Dr Hasbi and Zehdi

One of my men in Awesomazing Team, Zehdi. Husband to Zahirine. Kami sama-sama melancong ke London dan Paris. Boleh tengok gambar melancong kami di sini - London Day One, Day Two, Day Three, dan Paris.

Kalau nak tahu harganya berpatutan, cuma RM 75.40 seorang. Makanan kat sini memang pelbagai dan semuanya lazat. Berbaloi.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan