, , , , , , , , , , , ,

Kenangan Honeymoon di Gold Coast, Australia



Siapa yang tak teringin nak berbulan madu atau lebih glamer honeymoon lepas kahwin kan? Sudah menjadi kebiasaan pasangan pengantin baru akan pergi honeymoon sejurus perkahwinan. Biasanya tempat yang romantik dan tenang dipilih untuk menyatakan cinta dan kasih sayang sebagai pasangan yang baru bergelar suami isteri.
Kenangan bersama Batman and Robin dalam Movie World Gold Coast
macho betul Batman tengah tu..hihi
Saya dan isteri dulu memilih Gold Coast, Australia (bukan Morib) untuk berbulan madu gitu. Actually itu honeymoon kedua. Pertama kitorang honeymoon di sebuah resort di Pulau Redang, Terengganu. Bolehlah untuk pasangan yang tak berapa nak cukup bajetnya. Pilih Gold Coast pun sebab murah je tambang AirAsia masa tu, beli awal.

Sebelum pergi Gold Coast saya kumpul duit belanja selama beberapa bulan. Bukan banyak pun sebenarnya tak sampai tiga ribu ringgit je semua kos termasuk tiket flight. Maklumlah duit gaji bukannya banyak sangat tambahan saya seorang je yang bekerja. Adibah masih belajar kat UUM masa tu.

Pengalaman kat Gold Coast memang best. Walaupun menginap motel je, tapi dekat Surfers Paradise. Siang kami pergi ke Movie World. Kami tak masuk yang lain-lain taman sebab tiketnya mahal. Sebelah malam kami melepak di pantai Surfers Paradise, jalan-jalan menikmati kemeriahan malam. Banyak live performance kat situ dan ada gerai barangan secondhand dan souvenir di sepanjang pantai. Best sangat.

One thing yang kami tak enjoy sebenarnya bajet kami sangat terhad. Pergi sana selain masuk Movie World, kami sight seeing sahaja. No shopping at all. Sedih kan. Cukuplah cerita dulu setakat ini.

Sekarang syarikat kami bernaung sudah buka pakej melancong ke Gold Coast, Australia. Rasa teruja sangat, tak sabar nak pergi sana lagi. Kali ni rasa nak qada' balik semua yang terlepas, tak sampai hajat masa dulu. Hehee.

Sebenarnya pakej ni baru berjalan dari bulan Julai sampai Oktober. Kebanyakan orang tak tahu yang sebenarnya ada cara mudah untuk melayakkan diri ke Gold Coast secara percuma. Jika ikut betul-betul apa yang disampaikan oleh pemimpin semua pun boleh dapat. Kalau nak tahu caranya sertailah kumpulan kami, Awesomazing Team pimpinan CDM Adibah Karimah.

Kalau tak malu boleh tengok gambar kami honeymoon kat Gold Coast sini.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan