, , , , ,

Sambutan Hari Nuzul Al-Quran



Hari ini adalah 17 Ramadan 1434 bersamaan 26 Julai 2013 kita menyambut satu hari yang istimewa dipanggil Nuzul Al-Quran. Hari ini adalah sejarah dimana Al-Quran diturunkan ke muka bumi sebagai satu mukjizat kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Isi kandungan Al-Quran kekal terpelihara dan tidak berubah sehinggalah datangnya hari kiamat.

Belajar membaca Al-Quran sejak usia muda
anak sulung saya sedang mengajar adiknya membaca jawi
Belajar membaca kitab suci Al-Quran dengan bacaan yang betul adalah satu kewajiban kepada orang Islam. Setiap huruf yang dibaca diberi ganjaran 10 kebaikan oleh Allah swt, sebaliknya seseorang itu berdosa jika dia membacanya dengan salah dan tidak belajar membetulkannya. Penting bagi ibu bapa untuk mendidik dan mengajar anak-anak sejak kecil untuk mempelajari Al-Quran seiring dengan ilmu duniawi.

Sempena sambutan Nuzul Al-Quran ini beberapa negeri iaitu Kelantan, Pahang, Perak, Perlis, Penang, Selangor dan Terengganu mendapat cuti.

Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan