, , , , , , , , , , , , , ,

Terima anugerah Diamond Night Dinner Awards



Julai 2013 genap dua tahun saya dan isteri, bergelumang dalam bisnes menjual korset Premium Beautiful bersama GLAM, selepas saya meletak jawatan sebagai pegawai perubatan di hospital kerajaan. Dalam masa setahun isteri saya sudah mencapai pangkat tertinggi dalam syarikat sebagai usahawan. Manakala saya insyaAllah akan menyusul kejayaan isteri saya dalam masa beberapa bulan lagi.

Baru-baru ini, saya menerima anugerah pangkat ke-tiga dan ke-empat iaitu Diamond Sales Manager (DSM) dan Double Diamond Manager (DDM) serta anugerah yang agak istimewa dan menjadi dambaan setiap usahawan iaitu Tabung Kereta (Car Fund). Bukan saya sahaja malah ramai rakan kongsi saya under 'Awesomazing Team' turut berjaya merangkul anugerah tersebut.


Anugerah DSM dan DDM saya dapat jambangan bunga
dan seutas rantai emas!

Bergambar bersama Founder GLAM dan Awesomazing Team yang turut
berjaya dapat Car Fund

Gambar Hanis Haizi dan Razali Zain bersama
Awesomazing Team yang hadir malam itu

Majlis Diamond Night Dinner Awards ini berlangsung di MIECC Seri Kembangan pada 22 Jun 2013 yang lepas. Klik link Diamond Night Dinner ini untuk lebih cerita dan gambar daripada blog Adibah Karimah atau klik sini nak tengok gambar dalam facebook.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan