Nak cari orang gaji, nak cari orang gaji... Susah benar nak cari orang gaji, pasal apa ha? padahal pendatang tanpa izin dari negara jiran berlambak-lambak kat negara ni. Diorang ni datang secara haram kerja apa kat sini? Kedai makan? Buruh? Setahu saya nak kerja kilang mestilah ada permit, betul ke?
Hari ni dah masuk lebih kurang 4 bulan bibik terakhir saya lari. Sebelum tu ada dia cakap kat kakak ipar yang dia dah puas jadi bibik. Katanya nak kerja kilang pula, tapi bila disoal tak pula mengaku. Tup tup seminggu lepas tu dah lari. Selama dua bulan takde bibik kami hantar 2 orang anak sulung dan kedua ke daycare. Baby pula, kadang bawa sekali jumpa klien, kadang hantar nursey. Kadang saya duk rumah jaga baby sebab kesian baby kalau bawa mesti dia tak cukup tidur.
Mujur lepas dua bulan tu ada kawan, dulu dia pernah kerja dengan kami sabagai jurujual kat butik batik kami kat Kedah. Sekarang tengah belajar jurusan peguam di UIAM, dan baru start cuti semester. Kebetulan dia pun nak kerja sementara dan pernah jadi pengasuh. Memang nasib baiklah time tu. Takdelah saya kena jadi Mr Mama lagi.
petang mandi kolam dengan anak-anak |
layan anak-anak kat playground |
Harap-harap kali ini pencarian seorang bibik akan berakhir. Hari ini saya nak transfer duit kepada orang tu kat Indonesia melalui Western Union. Bila ada orang gaji kat rumah baru boleh all out buat bisnes, maklumlah sekarang ni tengah fight untuk pakej ke Gold Coast, Australia.
Sesiapa yang nak buat bisnes part time, dapat bonus bonanza raya RM 4500 bulan depan boleh contact wife saya, Adibah Karimah 019-6615447 atau saya 012-3433661 untuk maklumat lanjut. Jika nak pembantu rumah pun boleh saya kenalkan dengan ejen pembantu rumah yang dipercayai itu.
Bukan orang gaji la dr..pembantu.. kita memerlukan bantuan mereka untuk menjaga anak2...
BalasPadamorang gaji dan pembantu rumah tu sama je kan..cuma pembantu rumah lebih baru diguna dan sopan bunyinya.
Padam