, , , , , , , , ,

Jerebu kembali lagi



Sahur malam tadi makan nasi berlaukkan daging masak kicap dan telur goreng. Sedap. Rasanya hari ni memang cukup bekalan tenaga untuk teruskan all out berbisnes dan shopping untuk hari raya. Lol. Walaupun sebenarnya okey je kalau tak makan sahur tapi taknaklah ikut puasa orang Yahudi puasa tanpa sahur kan.

Jerebu di Kuala Lumpur kembali lagi

Pagi ni sekali lagi dikejutkan dengan bencana alam yang baru je datang beberapa minggu sudah, jerebu. Hasil kebakaran hutan gambut di Indonesia menyebabkan asap tebal ditiup melalui negara kita. Tapi harap-harap kali ni tak serius sangat, semoga tak sampai darurat. Paling penting semoga jerebu ni reda sebelum menjelang hari raya Aidilfitri dimana semua umat Islam akan keluar rumah ke masjid dan beraya.

Bahaya jerebu ini bukan sebab asap semata-mata. Sebenarnya dalam jerebu terkandung benda-benda lain hasil pembakaran seperti partikel debu, kuman, alergen dan toksik (bahan kimia) yang membahayakan kesihatan. Sekiranya bernafas dengan udara yang tercemar ini, pasti mengundang masalah kesihatan seperti bronkitis, serangan asma, batuk, demam selsema, alergi kulit, resdung, penyakit jantung, sakit kerongkong, pedih mata dan sebagainya.

Jika air minuman kita boleh tapis menggunakan water filter sebelum diminum dan kita ada buah pinggang yang berfungsi membuang sisa toksik daripada badan. Tapi udara tercemar yang disedut melalui hidung hanya ditapis oleh bulu hidung sebelum sampai ke paru-paru, dimana ia tidak mencukupi.
Guna topeng N95 bila keluar rumah dalam keadaan jerebu
Anda boleh tutup semua pintu dan tingkap rumah untuk mengurangkan jerebu masuk rumah. Jika keluar rumah anda disarankan guna topeng muka N95 untuk bernafas. Topeng jenis N95 adalah terbaik untuk kegunaan orang awam sebagai langkah berjaga-jaga sebab bahagian tepinya tidak bocor.

Guna Biozone Car Sterilizer untuk basmi jerebu dalam kereta
kalau kereta takde bumbung saya tak boleh tolonglah :D

Biozone Car Sterilizer untuk kegunaan dalam kereta membasmi jerebu

Jika anda berada dalam kereta, saya cadangkan Biozone Car Sterilizer . Ia sejenis alat sepanjang 3 inci yang dipasang pada pencucuh rokok dalam kereta. Alat ini membebaskan gas ozon yang bertindak membunuh kuman, menyahbau dan meneutralkan bahan kimia dan toksik dalam udara kereta. Harganya RM 175.00 dan boleh dibeli melalui saya. Call 012-3433661 atau isteri saya Adibah Karimah 019-6615447 untuk tempahan. Boleh singgah untuk maklumat lanjut.


Share:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan