Jalan-jalan cari makan ada dua maksud iaitu makan-makan dan kedua cari makan berbisnes. Tujuan utama nak berjumpa rakan kongsi di Kota Kinabalu, selain makan angin. Walaupun hanya dua hari berada di sana namun banyak benda sempat kami buat. Terima kasih kepada Afiza, salah seorang rakan kongsi kami di Sabah yang menjadi pemandu pelancong kami di sana.
Sebelah siang kami berkumpul dan berbincang tentang perkembangan dan perancangan strategi untuk meluaskan empayar Awesomazing Team Sabah di sana. Selain itu sempat juga kami berjumpa dengan beberapa orang rakan kongsi baru untuk menyuntik ilmu dan semangat.
Selain Afiza, Mardiah juga salah seorang leader kami di sana. Dia adalah direct protege kepada Kamaliyah Ramli bahagian Sabah. Mereka berdua menunjukkan prestasi yang bagus dan berpotensi untuk terus berjaya walaupun berada jauh di sana. Mereka ni pun dah dapat tiket melancong free ke Korea bulan September ni dalam pakej lepas. Sekarang tengah berusaha nak bawa lebih ramai rakan kongsi ke Gold Coast, Australia.
Hari pertama di sana kami berbuka puasa di Pasar Filipino (Philippines Market). Kat sini terkenal dengan makanan laut atau seafood yang pelbagai dan sangat murah terutamanya udang galah dan lobster. Saya yang belum pernah merasa lobster memang takkan lepaskan peluang ni.
Selain ikan bakar dan sotong bakar, kami makan lobster masak merah. Sungguh bah lazat! Isi lobster ni rasa macam udang juga tapi lebih liat dan manis.
Kalau korang pergi ke Kota Kinabalu memang wajib makan kat sini. Walaupun suasana kat sini macam pasar malam yang sesak tapi amat berbaloi makan kat sini.
Selain tu, kat Pasar Filipino ni korang boleh beli souvenir, pelbagai jenis kerepek dan keropok tradisional Sabah seperti amplang serta pelbagai makanan laut kering seperti udang kering, ikan kering, sotong kering dan gamat kering. Harga semuanya murah-murah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan